Wednesday, 7 August 2013

"MODEL BARU KERETA DI MALAYSIA"


WAJA

Proton Waja, juga dipanggil Proton Impian di Eropah, merupakan kereta sedan keluaran syarikat automotif nasional MalaysiaProton, yang juga merupakan kereta pertama direka sendiri tetapi dengan casis yang direka berpandukan casis Mitsubishi Carisma. Dilancarkan pada Ogos 2000, Proton Waja menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum menggunakan enjin Campro pada tahun 2006.




ALZA

Perodua Alza merupakan MPV yang paling jimat penggunaan bahan api setakat ini berbanding dengan MPV model lain. Ianya juga sesuai digunakan seharian kerana saiznya yang tidak begitu besar. walau bagaimanapun Perodua Alza masih sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana keselesaan tempat duduknya. Walaupun menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter Perodua Alza masih mampu membawa penumpang yang ramai berbanding model MPV yang lain.




NISSAN

 keluaran Nissan Skyline. Digelar "Godzilla" oleh majalah Wheels di Australia ketika dikeluarkan di sana pada 1989, ia dinilai oleh kebanyakan majalah kereta, sebagai menawarkan prestasi dan pengendalian sama seperti ikon Eropah seperti Porsche 911 dan Ferrari Testarossa, tetapi pada harga jauh lebih rendah. Sejak Skyline GT-R menjadi kereta popular bagi lumba jalanan di Jepun, ia telah muncul berkali-kali dalam permainan video, bermula dengan permulaan 1994 bagi permainan SNES Zero 4 Champ R dan paling terkenal siri Gran Turismo, termasuk juga penampilan sekali sekala dalam filem feature, anime, dan manga.

UKIRAN BATIK-BATIK DI MALAYSIA





BATIK SKRIN

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.
Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.
Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya. 
Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin





BATIK TULIS

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.
Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.





BATIK BLOK (PELANGI)

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua





Sunday, 4 August 2013

STESEN LRT DI MALAYSIA.


STESEN LRT DI KUALA LUMPUR
(DAMAI)

Stesen LRT Damai, Malaysia ialah stesen alihan laju bertingkat yang terletak diKuala LumpurMalaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek danTerminal PUTRA (tidak termasuk stesen Sri Rampai) dan sebatang laluan bawah tan


STESEN LRT DI MELAKA

Projek Melaka Monorail dan LRT Melaka yang bernilai RM3.6 bilion akan menjadikan Melaka sebagai negeri ke-2 mempunyai sistem keretapi elektrik setanding dengan Metropolitan Kuala Lumpur. LRT ini yang akan menghubungkan jaringan pengangkutan bermula dari stesen Durian Tunggal, dan akan berhenti di Stesen MITC Sentral, dan ke Stesen Ayer Keroh - Seri Negeri (Bangunan Seri Negeri), dan ke Stesen Melaka Sentral, dan ke stesen Hang Tuah Mall di Pusat Bandarraya Melaka, dan Ke stesen Banda Hilir, dan ke Stesen Pantai 1 Malaysia (Klebang), dan ke Stesen Pantai Puteri (Pantai Kundor) dan Stesen Terakhir di Stesen Sungai Udang. untuk permulaan, stesen ini akan berhenti di 9 Stesen, akan tetapi lebih banyak stesen akan dibina untuk jangka masa sepuluh tahun lagi.



STESEN LRT DI JOHOR

Selaras dengan kemajuan negeri dan kewujudan wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, Kerajaan negeri berhasrat untuk membina sistem transit aliran ringan LRT bagi menghubungkan bandar-bandar utama sekitar Johor Bahru, serta sistem maglev - monorel bagi menghubungkan pusat-pusat tumpuan utama di daerah Johor Bahru


"BAJU TRADISI SETIAP KAUM"



BAJU SARI KAUM INDIA

Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India.[1] Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di kelilingpinggang, dengan satu hujung menabir ke atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.




BAJU CHEONGSAM

cheongsam yang lebih berfungsi diperbuat dari kain skhlat, twill, dan bahan lain. Kebanyakan adalah muatan jahitan dan sering datang dengan jaket sepadan. Gaun-gaunnya adalah fusyen tradisi Cina dengan gaya moden. Cheongsam umumnya diganti dengan pakaian yang lebih selesa seperti baju panas, seluar jean, sut dan skirt bisnes. Oleh kerana sifat terhadnya, ia kini pada umumnya dipakai sebagaipakaian rasmi untuk upacara penting




BAJU KURUNG ORANG MELAYU

Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.



"KEK DI MALAYSIA"



KEK AISKRIM

Kek aiskrim di perbuat daripada coklat ..biasanya di jamah sempena menyambut ulang tahun dan hari celebration..Mempunyai cita rasa yang sedap dan disaluti dengan krim vanilla coklat..
berkhasiat dan berkarbonat..





KEK COKLAT

Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazonutara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico




KEK LAPIS

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.



"TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA"






MELAYU ASLI

Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.





TARIAN KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.



KADAZAN DUSUN

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.




Sunday, 28 July 2013

"TEMPAT MENARIK DI SARAWAK"






DAMAI RESORT KUCHING

Tempat yang mudah dikerumuni orang ramai..
mempunyai pandangan yang menarik dan indah..
dapat melapangkan dada dan menghilangkan tekanan..
hati sentiasa menjadi tenang
terletak di kuching.





HUTAN SIMPANAN TROPIKA


Terdiri daripada hutan yang dipenuhi dengan binatang-binatang yangcelik.
Contoh nya orang hutan, monyet dan sebagainya
menjadi tarikan kepada pelancong- pelancong sama ada di dalam negeri mahupan luar negara.
mempunyai tempat yang indah ,dan mudah untuk melihat binatang-binatang di dalam hutan tersebut



KOLAM RENANG

Air yang begitu menyegarkan, memberi keselesaan dan dapat menenangkan jiwa.
suasana| yang begitu indah ,di kerumuni dengan pokok-pokok dan daun-daun yang kehijauan
tempat yang menarik dan mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai