Wednesday 7 August 2013

UKIRAN BATIK-BATIK DI MALAYSIA





BATIK SKRIN

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.
Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.
Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya. 
Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin





BATIK TULIS

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.
Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.





BATIK BLOK (PELANGI)

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua





1 comment:

  1. Salam sejahtera, saya Suhana Ali, editor untuk buku Pendidikan Seni Visual yang diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memohon kebenaran menggunakan gambar/foto/karya yang terdapat dalam blog tuan/puan. Sila hubungi saya di emel su84_anaali@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete