Wednesday, 7 August 2013

"MODEL BARU KERETA DI MALAYSIA"


WAJA

Proton Waja, juga dipanggil Proton Impian di Eropah, merupakan kereta sedan keluaran syarikat automotif nasional MalaysiaProton, yang juga merupakan kereta pertama direka sendiri tetapi dengan casis yang direka berpandukan casis Mitsubishi Carisma. Dilancarkan pada Ogos 2000, Proton Waja menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum menggunakan enjin Campro pada tahun 2006.




ALZA

Perodua Alza merupakan MPV yang paling jimat penggunaan bahan api setakat ini berbanding dengan MPV model lain. Ianya juga sesuai digunakan seharian kerana saiznya yang tidak begitu besar. walau bagaimanapun Perodua Alza masih sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana keselesaan tempat duduknya. Walaupun menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter Perodua Alza masih mampu membawa penumpang yang ramai berbanding model MPV yang lain.




NISSAN

 keluaran Nissan Skyline. Digelar "Godzilla" oleh majalah Wheels di Australia ketika dikeluarkan di sana pada 1989, ia dinilai oleh kebanyakan majalah kereta, sebagai menawarkan prestasi dan pengendalian sama seperti ikon Eropah seperti Porsche 911 dan Ferrari Testarossa, tetapi pada harga jauh lebih rendah. Sejak Skyline GT-R menjadi kereta popular bagi lumba jalanan di Jepun, ia telah muncul berkali-kali dalam permainan video, bermula dengan permulaan 1994 bagi permainan SNES Zero 4 Champ R dan paling terkenal siri Gran Turismo, termasuk juga penampilan sekali sekala dalam filem feature, anime, dan manga.

UKIRAN BATIK-BATIK DI MALAYSIA





BATIK SKRIN

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.
Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.
Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya. 
Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin





BATIK TULIS

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.
Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.





BATIK BLOK (PELANGI)

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua





Sunday, 4 August 2013

STESEN LRT DI MALAYSIA.


STESEN LRT DI KUALA LUMPUR
(DAMAI)

Stesen LRT Damai, Malaysia ialah stesen alihan laju bertingkat yang terletak diKuala LumpurMalaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek danTerminal PUTRA (tidak termasuk stesen Sri Rampai) dan sebatang laluan bawah tan


STESEN LRT DI MELAKA

Projek Melaka Monorail dan LRT Melaka yang bernilai RM3.6 bilion akan menjadikan Melaka sebagai negeri ke-2 mempunyai sistem keretapi elektrik setanding dengan Metropolitan Kuala Lumpur. LRT ini yang akan menghubungkan jaringan pengangkutan bermula dari stesen Durian Tunggal, dan akan berhenti di Stesen MITC Sentral, dan ke Stesen Ayer Keroh - Seri Negeri (Bangunan Seri Negeri), dan ke Stesen Melaka Sentral, dan ke stesen Hang Tuah Mall di Pusat Bandarraya Melaka, dan Ke stesen Banda Hilir, dan ke Stesen Pantai 1 Malaysia (Klebang), dan ke Stesen Pantai Puteri (Pantai Kundor) dan Stesen Terakhir di Stesen Sungai Udang. untuk permulaan, stesen ini akan berhenti di 9 Stesen, akan tetapi lebih banyak stesen akan dibina untuk jangka masa sepuluh tahun lagi.



STESEN LRT DI JOHOR

Selaras dengan kemajuan negeri dan kewujudan wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, Kerajaan negeri berhasrat untuk membina sistem transit aliran ringan LRT bagi menghubungkan bandar-bandar utama sekitar Johor Bahru, serta sistem maglev - monorel bagi menghubungkan pusat-pusat tumpuan utama di daerah Johor Bahru


"BAJU TRADISI SETIAP KAUM"



BAJU SARI KAUM INDIA

Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India.[1] Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di kelilingpinggang, dengan satu hujung menabir ke atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.




BAJU CHEONGSAM

cheongsam yang lebih berfungsi diperbuat dari kain skhlat, twill, dan bahan lain. Kebanyakan adalah muatan jahitan dan sering datang dengan jaket sepadan. Gaun-gaunnya adalah fusyen tradisi Cina dengan gaya moden. Cheongsam umumnya diganti dengan pakaian yang lebih selesa seperti baju panas, seluar jean, sut dan skirt bisnes. Oleh kerana sifat terhadnya, ia kini pada umumnya dipakai sebagaipakaian rasmi untuk upacara penting




BAJU KURUNG ORANG MELAYU

Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.



"KEK DI MALAYSIA"



KEK AISKRIM

Kek aiskrim di perbuat daripada coklat ..biasanya di jamah sempena menyambut ulang tahun dan hari celebration..Mempunyai cita rasa yang sedap dan disaluti dengan krim vanilla coklat..
berkhasiat dan berkarbonat..





KEK COKLAT

Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazonutara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico




KEK LAPIS

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.



"TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA"






MELAYU ASLI

Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.





TARIAN KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.



KADAZAN DUSUN

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.




Sunday, 28 July 2013

"TEMPAT MENARIK DI SARAWAK"






DAMAI RESORT KUCHING

Tempat yang mudah dikerumuni orang ramai..
mempunyai pandangan yang menarik dan indah..
dapat melapangkan dada dan menghilangkan tekanan..
hati sentiasa menjadi tenang
terletak di kuching.





HUTAN SIMPANAN TROPIKA


Terdiri daripada hutan yang dipenuhi dengan binatang-binatang yangcelik.
Contoh nya orang hutan, monyet dan sebagainya
menjadi tarikan kepada pelancong- pelancong sama ada di dalam negeri mahupan luar negara.
mempunyai tempat yang indah ,dan mudah untuk melihat binatang-binatang di dalam hutan tersebut



KOLAM RENANG

Air yang begitu menyegarkan, memberi keselesaan dan dapat menenangkan jiwa.
suasana| yang begitu indah ,di kerumuni dengan pokok-pokok dan daun-daun yang kehijauan
tempat yang menarik dan mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai



"HOTEL MEWAH DI KUCHING"







RIVERSIDE MAJESTIC

Riverside Majestic Hotel, where we treat you with majesty, is strategically located in the heart of Kuching’s business, entertainment, dining and shopping district just 20 minutes drive from the Kuching International Airport. With a designated 18th floor for meeting suites, it is the ideal place for business meetings and leisure.
Overlooking the Sarawak River, the hotel commands a panoramic view of the city and the Kuching Waterfront across, where fitness enthusiasts enjoy their morning jogs and evening strolls along the 1.7km scenic stretch





HILTON KUCHING

Welcome to the Hilton Kuching hotel, the perfect base for exploring this charming Malaysian city in Borneo. Situated on the waterfront of the striking Sarawak River, this central Kuching hotel boasts captivating views over the city. Conveniently situated just a 25 minute drive from Kuching International Airport and within walking distance to many popular attractions, the central location of this hotel puts you close to the action in this exciting and vibrant city.
Retire to a spacious guest room, suite or executive room at the hotel, with spectacular views of the city or Sarawak River. All rooms feature contemporary décor and high-speed internet access. Upgrade to an executive room for extra space and exclusive access to the Executive Lounge. Host a special event in the hotel’s outdoor private terrace and dance under the stars for a memorable occasion.





PULLMAN KUCHING

Pullman Kuching is the newest addition to the 5-stars international brand in the city. Located in the heart of Kuching on top of the hill at Jalan Mathies, Pullman Kuching offers astonishing panoramic view of the city and the Sarawak River. The hotel is adjacent to a two storey city life-style shopping centre “Hills Shopping Mall” and within walking distance to commercial centre and city attractions



"PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA"







GASING

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebarukemuningmerbaurambaidurian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing




CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli




WAU BULAN

Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia

Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.[2] Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.





KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendangKulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembukerbau malah getah sintetik
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka

"HIDANGAN RESEPI DI MALAYSIA"


NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di temui di SingapuraIndonesia danBrunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timurSumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya





ROTI CANAI

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengansambal ikan bilis.




NASI GORENG

Nasi goreng, secara literal bermaksud " nasi goreng "di malaysia , boleh merujuk semata-mata untuk nasi goreng sebelum dimasak, hidangan termasuk kacau goreng beras dalam jumlah yang kecil minyak masak atau marjerin , biasanya rempah ratus dengan Kicap manis (kicap manis),bawang merah , bawang putih , asam jawa dan cili dan disertakan dengan bahan-bahan lain, terutamanya telur , ayam dan udang . Terdapat juga satu lagi jenis nasi goreng yang dibuat dengan ikan masin (ikan kering masin) yang juga popular di seluruh malaysia.